Saturday, 9 July 2011

SAYA SAYANG GEOMATIKA

Mengapa saya sayang Geomatika College International.

Saya sayang geomatika kerana kolej ini merupakan salah sebuah kolej yang banyak memberi peluang kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Selain itu, kedudukan Geomatika yang strategik & tepat memberikan keselesaan serta kesenangan terutamanya pelajar kolej termasuklah saya. Oleh itu, sebagai pelajar kolej yang prihatin dengan segala perkembangan kolej, saya berharap Geomatika akan mejadi kolej yang terbaik di antara yang terbaik serta dapat mencungkil bakat-bakat baru atau perintis untuk memajukan negara untuk hari ini dan akan datang.


Mengapa saya memilih kursus diploma or sijil yang saya sedang ikuti ini.

Saya memilih kursus diploma kecantikan & kesihatan kerana Geomatika merupakan kolej swasta yang pertama  menawarkan kos diploma kecantikan & kesihatan dan di bawah MQA iaitu diiktiraf di Malaysia ini. Selain meminati bidang yang diambil ini, saya juga dapat peluang untuk belajar lebih mendalam lagi mengenai kecantikan & kesihatan. Geomatika telah memberi peluang serta pengalaman yang baru kepada saya serta inspirasi untuk saya menjadi seorang pakar kecantikan & kesihatan. Disamping itu juga impian saya untuk membuka perniagaan yang berkenaan dengan kecantikan lebih bersemangat. Dengan adanya dorongan dari orang-orang yang tersayang dan  program-program anjuran kolej telah memberi semangat untuk mengecapi impian saya, terima kasih.


Peristiwa atau kenangan terindah seperti program2 yang dijalan di kolej

Sejak Januari saya mula belajar di Geomatika, sebenarnya banyak pengalaman yang manis telah saya berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan & pensyarah-pensyarah tersayang. Salah satunya adalah aktiviti promosi Geomatika di Putrajaya pada HARI SEJUTA BELIA selama 3hari. Walaupun penat lelah selama 3 hari berturut-turut, saya dan rakan-rakan tetap bergembira kerana telah berjumpa dengan ramai artis, membuat promosi kolej sambil bersaing dengan booth syarikat lain, mendapat makanan percuma dan kerenah pensyarah serta rakan-rakan semasa mempromosikan kolej. Pada mulanya saya berfikir program ini mungkin amat membosankan tetapi sebaliknya. Bukan sahaja memberikan saya pengalaman baru malah saya dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan kolej saya. Dan saya amat menghargai dorongan pensyarah-pensyarah yang banyak membantu saya dan rakan-rakan. Terima kasih..:)


Saya sedang mengikut Diploma............. dan kenapa mereka diluar sana perlu mengikuti diploma yang sedang saya pelajari ini

Saya sedang mengikuti diploma kecantikan dan kesihatan. Selain meminati bidang ini, saya ingin menjadi seorang pakar kecantikan dan seorang pengusaha perniagaan kecantikan, Insya'allah. Bidang kecantikan ini
mungkin bagi orang-orang diluar sana hanyalah bidang yang murahan dan tidak memberi apa-apa manfaat pun. Dan mungkin semua orang belum mengetahui bahawa kecantikan dan kesihatan adalah kos atau bidang yang sedang membangun dan semakin dikenali ramai bukan sahaja kepada masyarakat bawahan namun orang-orang atasan. Oleh itu, mengambil bidang ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Dan ramai wanita mahu pun lelaki diluar sana masih keliru tentang kecantikan. Dan saya ingin tekankan kepada semua, kecantikan bukan dari luaran malahan dalaman juga. Disebabkan oleh itu lah Dilpoma Kecantikan dan Kesihatan di Geomatika mengajar tentang kecantikan bukan sahaja diluaran sahaja tetapi lebih mendalam lagi.  Saya nasihatkan kepada sesiapa yang meminati kecantikan untuk mengambil bidang ini, dan saya serta ahli keluarga Geomatika International College mengalu-alukan kedatangan anda. Terima Kasih.
 





No comments:

Post a Comment