Tuesday, 31 May 2011

OSTEOMLASIA DAN RIKETS

Antara kesan-kesan negatif akibat daripada paras vitamin D yang rendah
di dalam tubuh adalah penyakit Riket (Ricket) serta Osteomalacia.
Penyakit Riket ini terjadi di kalangan kanak-kanak manakala penyakit
Osteomalacia ini terjadi di kalangan orang dewasa. Kedua-dua
penyakit ini terjadi akibat daripada kurangnya kuantiti kalsium serta
fosfat di dalam tulang atau dengan kata lainnya tulang yang lembut.
Bagi mereka yang menghidap penyakit Riket. Penyakit ini disebabkan oleh
ketidaknormalan penambahan mineral seperti kalsium dan fosfat semasa
pembentukan tulang terjadi. Tulang belakang mereka yang menghidap
penyakit riket ini selalunya akan menjadi lembut dan seterusnya bengkok.
Jika senario ini berlaku ketika kanak-kanak ini baru mula berjalan, kaki
mereka akan melentur akibat daripada tekanan yang dibuat oleh berat

badan mereka terhadap kedua-dua belah kaki mereka.

Osteomalasia pula ialah keadaan dimana tulang menjadi lembut dan mudah patah serta otot-ototnya menjadi lemah. Dikenali sebagai ”soft bone” atau tulang lunak.

Tanda-tanda osteomalasia:
* Penurunan berat badan
* Anoreksia
* Otot menjadi lemah sehingga menyebabkan susah untuk menaiki tangga
* Tulang akan terasa ngilu dan kebas, terutama pada daerah pinggang dan paha.
* Perubahan bentuk pada tulang pinggul dan anggota gerak (lengan dan sendi)



No comments:

Post a Comment